Kenali Skrub / Masker Herba Tradisional
- Dipercayai sejak tahun 1978.
- Menggunakan 100% herba dan bahan semulajadi.
- 100% bebas bahan kimia.
- Jutaan pek telah terjual.
- Testimoni positif ribuan pengguna.
- Rahsia kecantikan wanita Asia sejak zaman-berzaman.
Kelebihan Skrub / Masker Herba Tradisional
- Mencerahkan kulit
- Melembutkan & menghaluskan kulit
- Menanggalkan sel-sel kulit mati
- Membantu memudarkan kesan parut
- Mengurangkan bintik-bintik hitam
- Membantu mengurangkan jerawat & parut jerawat
- Membersih liang pori & mengawal sebum
- Menyamaratakan tona kulit
- Menyegarkan
Langkah Penggunaan Skrub / Masker Herba Tradisional
Ambil 1 sudu besar serbuk Skrub / Masker Herba Tradisional danΒ letak pada telapak tangan atau mangkuk.
Tambah 1 sudu besar air, gaul sebati. Tekstur akan kelihatan seperti βpasteβ.
Sapu dan skrub / lulur pada wajah atau badan anda. Sekiranya dijadikan Masker, biarkan selama 15 minit atau tunggu sehingga kering.
Kemudian bilas dengan air biasa atau air suam.
Lap wajah atau badan anda dengan tuala lembut. Rasai kehalusan kulit anda.
Kak Ros –
Baru 3 kali pakai tapi dah boleh nampak perubahan yang positif pada wajah saya.
Aini –
Saya dah pakai Bunga Tanjung ni dah lama, ada sepuluh tahun kot. Skrub / Masker Bunga Tanjung ni bagus untuk exfoliate muka, buang sel kulit mati dan sesiapa yang ada masalah blackheads yang tegar, boleh cuba. Blackheads akan berkurangan dan muka akan bersih sikit. Pastu kalau badan senang berkudis pun bagus, time mandi tu sental la mana2 yang patut. Kulit akan nampak bersih. Produk ni memang bagus, 100% natural.
Noraini Ahmad –
Aku memang dah guna bedak ni sejak masa belajar dulu lagi, memang rasa kulit halus je. Tapi sejak dah kahwin dan ada anak ni, kalau rajin je pakai, tapi alhamdulillah muka aku jenis tak ada masalah sangat. Cuma sejak pregnant kali kedua ni, kulit muka kering sikit dan aku pakai je Skrub / Masker Bunga Tanjung ni waktu malam, ok je π
Miina Nasri –
Saya pun ada try. Makin berkurang sikit parut jerawat saya. Saya akan teruskan sampai bila-bila.
Cik Sofia –
Saya pun pengguna setia masker / skrub bunga tanjung ni. Memang terasa licin jer muka.
Nealopah –
Nealopah guna Bunga Tanjung ni sejak zaman belajar lagi hinggalah sekarang. Bunga Tanjung ni 100% herba (rempah ratus) & produk tempatan (Kelantan). Nealopah letakkan label ‘Produk Hebat’ pada Bunga Tanjung ni sebab 1st ianya bnyk kegunaan, 2nd harga nya yang murah. Pernah jugaklah guna produk lulur / skrub badan jenama lain termasuk garam spa, tapi best pakai Bunga Tanjung jugak.
Bagi lelaki ataupun perempuan yang ada bau badan dan kerap berpeluh mmg tersangatlah sesuai. Hasilnya kulit gebu & gebas mcm nealopah dan rasa bersih serta licin.
Bau badan pun hilang, kalau tak pakai deodrant pun tak apa. Badan rasa lebih segar sbb proses lulur ni boleh menigkatkan peredaran darah dan bau rempah nye nealopah sukew. Bagi yang tak suka bau rempah, lepas berlulur, mandi lah dengan shower gel pula. Ramai jugak kawan2 nealopah yang mencuba. Alhamdulillah, semuanya puas hati π
Mimi Azirah –
Kalau mandi guna lulur nie badan rasa segar aje. Best!
NZA –
Akak pakai juga masa anak dara smpai dapat 3 orang anak, lepas pakai kulit rasa licin dan gebu.
CeqGu –
Cikgu pernah pakai ni masa muda jelita dulu-dulu. Selalu tenyeh kat muka. Licin kulitku….hehe π
Azieazah –
Kak Azie pergi Kelantan mesti beli bedak lulur Bunga Tanjung nie, pakai memang best!
Syin Gogi –
Saya pun selalu guna untuk skrub muka, memang lembut je kulit, tak payah pakai barang kosmetik.
Lalinkhunny –
Pernah guna Skrub / Masker Bunga Tanjung ni, selalu pakai kat badan buat skrub, memang lembut dan licin je kulit badan.
Cruz2 –
Saya memang pengguna tegar Bunga Tanjung ni sejak sekolah rendah lagi (tak pernah pakai pencuci muka yang lain ever since).
Kalau die Kelantan panggil bedak kulit rambai. Memang bagus, masa dating angin rajin sikit dan ada masa berlama-lama dalam bilik air, saya skrubkan seluruh badan, hasilnya kulit jadi halus & alhamdulillah kulit saya bebas jerawat hingga kini.
Kalau di Kelantan, mostly org tua-tua memang pakai bedak ni sebagai pencuci muka & kulit mereka memang cantik-cantik.
Amalan ini diperturunkan oleh ibu saya (lagi pengguna tegar hingga kini; sheβs 50+ now), sangat envy dengan kulit dia. Nak kata genetic tidak juga sbb my younger sister jarang pakai (malas katanya) & kulit mukanya berjerawat sikit & now dia cuba hilangkan parut dengan bedak ni. Kalau oily skin type tu memang highly recommended untuk cuba bedak ni
Mitchyan –
Best buat skrub badan. Memang licin dan gebu macam baby youuu…tahan lah gebu tu dlm 2/3 hari.
Natique –
Dah guna bunga tanjung since last 10 years, memang betul parut jerawat dan apaapa parut kat badan hilang, lagi best daripada scrub biasa.
Nuryn –
saya pengguna skrub bunga tanjung sejak zaman sekolah sampailah sekarang umur dah 36. Kulit saya sangat sensitive kalau guna skrub brand lain nanti jadi gatal2. Saya campur sedikit dengan minyak kelapa dara supaya kulit lembap selepas berlulur. Bau jamu mmg best & segar,kulit halus, menghilangkan daki dan memudarkan parut saya. Tq bunga tanjung saya hanya pilih skrub bunga tanjungπππ