Skip to main content

Herbanika Skrub / Masker Herba Tradisional Bunga Tanjung telah berada di pasaran dan digunakan sejak 40 tahun yang lalu. Telusuri bagaimana Bunga Tanjung bermula sejak tahun 1978.

Lie & Mie melihat potensi dari amalan Kecantikan Tradisional masyarakat Kelantan menggunakan Beras, Kulit Pokok Rambai, Kunyit dan herba-herba semulajadi. Mewarisi resepi rahsia dari ibu beliau yang menyediakan skrub/masker kulit pokok rambai buatannya sendiri di rumah, serta bapa Lie yang juga merupakan seorang Apothecary Tradisional di awal 50-an, beliau menyediakan dan menjual ubatan serta herba tradisional menaiki basikal. Perjalanan Lie bermula disitu.

Lie & Mie mula mengkomersialkan produk tersebut, diperkenalkan dengan nama “Bedak Kulit Rambai Berubat Tradisional”, dibungkus rapi di dalam plastik putih dicop logo Bunga Tanjung, kemudian dimasukkan ke dalam sampul kertas berimej vintaj, mengetengahkan warna kuning & hijau. Beroperasi secara manual, ia dijual secara meluas disetiap daerah di negeri Kelantan secara kecil-kecilan.

Setelah bertapak di seluruh pelosok negeri Kelantan, Lie & Mie seterusnya mengorak langkah mengembangkan jualan produk ke negeri-negeri Pantai Timur yang lain. Penerimaan yang baik oleh rakyat Malaysia, dan juga mendapat perhatian dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Bagi menampung permintaan yang tinggi, Lie & Mie bersama-sama anak perempuan mereka mula membina tapak produksi pengeluaran yang beroperasi separa automatik. Mula memperkenalkan produk dalam pembungkusan baru yang lebih berkualiti tinggi, kualiti dan kesegaran produk mampu dikekalkan. Imej Vintaj pada pembungkusan yang diketengahkan dahulu dikekalkan seterusnya dijenamakan sebagai “Bedak Herba Berubat Tradisional”.

Kembali dengan penampilan baru kemasan Hijau yang melambangkan Inspirasi dari Alam Semulajadi dan sentuhan Keemasan yang mewakili kekayaan bahan yang digunakan. Bahan-bahan Herba Semulajadi berkualiti tinggi diadun dan kini disegarkan dengan panggilan baru “Bunga Tanjung Skrub / Masker Herba Tradisional”. Memberikan kesan yang lebih baik serta pengalaman seperti berada di Spa khas buat pengguna kami.

error: Content is protected !!